maeisme

Pages

maeisme On Thursday, July 1, 2010
sejarah silam,
hitam kelam,
lanun kejam,
makar haram,
bahtera karam,
dilaut dalam,
malam suram,
air bergaram,
ombak bermaqam,
memori semalam,
takkan padam,
bukan dendam,
jua geram,
demi islam,
untuk salam..

jun 2010

p/s: ini adalah sms yg saya hantar kpd seorang sahabat tika fitnah membara, laut bergelora, lanun meraja. moga beliau tabah menghadapi mehnah tribulasi di medan dakwah. moga Allah merahmati org yg ikhlas berjuang di jalan-Nya.
maeisme On Saturday, June 12, 2010
semalam menghadirkan diri sebuah pertemuan..
tepi pantai yang indah menjadi medan..
tapi tak sempat mengoreksi keindahan pantai..
sebab sampai pun tika senja merah menjelma..
terlepas la sudah..

sampai je terus solat..
pastu tercari2 tempat meeting..
call2 xdapat..
lalu terpusing2 mengejar destinasi tanpa bayang..
lalu disapa laut nan masyhur..
dia pun sama terbuta arah..

rupanya kat belakang reception je..
xsangka plak tempat meeting romantis semacam..
ruang ambik hidangan je pemurah cahaya..
tempat makan caca merba xtau makan ape..
main masuk mulut je dek nur yang malu2 menjelma..

best nye..
bukan makanan yg best,
tp kerna bertemu kawan berkongsi cawan..
maksudnya meluahkan cerita pahit manis di lautan berbeza..
maklumlah sekian lama xketemu mata..

oh indahnya saat itu,
tak terungkap dibibir sayu..
hanya kalbu mampu berlagu..
ku diam menikmatinya di dasar hati..
agar bisa ku genggamnya tika ia berlalu pergi..

tika meeting membuka tirai..
kata terlanjur bicara..
tiada rasa bayangan hijabnya..
seakan bertentang mata memeluk erat..
lirik2 sharing moment begitu merdu ditelinga..
oh..
apakah ini semua..
ukhuwwah? mahabbah?
apapun istilahnya..
kasih sayang semerbak harum..
inikah cinta kerna Allah..

siapakah aku?
tika yang lain hebat belaka..
ada dato ada prof..
ada Dr, professional, ahli akademik..
walaupun belum bertitle..
namun ku punya jiwa..
kerna jiwa lah yang mendamparkan aku di tepian ini..

mengapa kami disini?
ditengah malam buta..
tak mengenal usia tua muda..
tak mengagungkan pangkat darjat..
semua kerna..
cinta kepada-Nya..

sebelum mata belum terlelap..
tiada istilah letih dijalan-Nya..

aku bahagia dalam derita..
maeisme On Monday, May 24, 2010
Imagine there is a bank that credits your account each morning with 86,400.
It carries over no balance from day to day. Every evening deletes whatever part of the balance you failed to use during the day.
What would you do? Draw out every cent, of course!!!

Each of us has such a bank. Its name is TIME.
Every morning, it credits you with 86,400 seconds.
Every night it writes off, as lost, whatever of this you have failed to invest to good purpose.
It carries over no balance. It allows no overdraft.
Each day it opens a new account for you.
Each night it burns the remains of the day.
If you fail to use the day’s deposits, the loss is yours.
There is no going back.
There is no drawing against the “tomorrow”.
You must live in the present on today’s deposits.
Invest it so as to get from it the utmost in health, happiness, and success!

The clock is running.
Make the most of today.
To realize the value of ONE YEAR, ask a student who failed a grade.
To realize the value of ONE MONTH, ask a mother who gave birth to a pre-mature baby.

To realize the value of ONE WEEK, ask the editor of a weekly newspaper.
To realize the value of ONE HOUR, ask the lovers who are waiting to meet.
To realize the value of ONE MINUTE, ask a person who missed the train.
To realize the value of ONE SECOND, ask a person who just avoided an accident.
To realize the value of ONE MILLISECOND, ask the person who won a silver medal in the Olympics.

Treasure every moment that you have!
And treasure it more because you shared it with someone special, special enough to spend your time.

And remember that time waits for no one.
Yesterday is history
Tomorrow is mystery
Today is a gift
That’s why it’s called the present!



maeisme On Saturday, May 22, 2010
ALHAMDULILLAH


Alhamdulillah segala puji hanya layak bagi Allah. Allah the most Compassionate, the most Merciful.

Tiap kali nikmat datang mencurah tanpa disangka-sangka, hati kecil hanya mampu berbicara ‘Allah sangat baik…’ dan akhirnya tak terungkap kebesaran kasih saying Allah. Jiwa mengoreksi diri betapa tubuhbadan ini sangat kurang bersyukur. Betapa tidak berharganya amal soleh yang dipersembahkan berbanding dengan nikmat yang dikecapi.

Hari isnin lepas (17 mei), banyak perkara yang tak terjangka berlaku. Semuanya menghadirkan kesenangan jiwa dan kehepian perasaan. Lebih-lebih lagi ia berlaku dalam sejenak (within an hour).

Malam tu saya pergi masjid. Masjid setiap malam ada kuliah. Bagus lah ada pengisian kepada jemaah hadirin demi kelangsungan dakwah dan amr bil maa’ruf wan nahy an munkar. Dan kalau tak silap semua masjid mukim sekitar bandar ini selalu diwarnai oleh aktiviti ilmu. Credit goes to the state government for the great effort to educate the ummah. Islam is the only true way of life.

Masa tengah kuliah maghrib, saya baca al-quran sambil dengar cebisan isi kuliah. Lama kelamaan, suara pengkuliah makin sayup di telinga sebab dah syok baca quran. Dekat nak masuk isya, ternampak wajah seseorang yg selalu dekat dihati. Dah lama terfikir nak jumpa beliau, tapi terhalang kerana kesibukan masa (maklumlah dah keje sekarang). Lepas tu jumpa dan borak-borak. Solat isya bersama mengimbau memori silam kat mekah. Nearly one year ago. Happened on May as well. Ketika tu baru pulang dari aziziyyah membeli handphone (aziziyyah adalah kota hanset di bumi mekah). Bergegas ke masjid haram utk solat maghrib yg diimami oleh Syeikh Abdur Rahman As-Sudaisi...oh how wonderful the recitation and the environment. I wish I could be there again. Saat itu kami solat maghrib dan isya bersama bertemankan ribuan umat Islam dan bersaksikan kaabah yang dibaluti kiswah yg menakjubkan. After isya, there was solat jenazah. Oh my God, just same like before when we were in masjid haram. After that, i keep talking with him although he was approached by the crowd..biasalah, orang famous dan ternama..at the end, he asked me to visit him next time..insyaAllah, I hope so. Although just had few time to talk, but I could feel some released..why? I couldn’t answer it. But one thing is that ‘ukhuwwah itu indah, hanya yang mengerti akan mampu menikmati’ ..just awesome..
Disamping itu, saya juga terserempak dengan kawan lama sekolah dulu..mungkin dah 4 atau 5 tahun tak jumpa..tak sangka boleh bertemu di situ. He has changed little bit, I couldn’t recognized him at first. It is good to stay in contact. At least, we managed to do some activities after that..

Ada lagi. Lepas solat isya itu jugak terjumpa member ayah. Roommate ayah masa belajar kat universiti sekitar 27 tahun lepas. Never meet him before. Yang lebih menarik lagi, ayah baru je bercerita pasal kawan ni seminggu lepas. And that night I met him. What a drama.. dia sekarang seorang engineer who possess professional certificate..jurutera besar di sebuah syarikat.. a nice guy patut lah boleh jadi kawan ayah ..

Drama tak habis lagi. Baru je balik sampai rumah, nenek kata ada seorang dermawan nk bagi zakat kepada saya. Atas kouta penuntut ilmu. Kenapa mesti saya? Ada udang disebalik mee? Argh forget it. Husnu zhan please. Then tertanya2 ‘ Am I eligible to receive it..?’ Alhamdulillah. Teringat masa belajar fiqh sem lepas tajuk zakat..

Ok, no more.. It was a wonderful moment, awesome night..

Am I grateful enough? Ya Rabbi, tolonglah hamba Mu ini untuk mengingati-Mu dan mensyukuri nikmat-Mu..
maeisme On Sunday, May 16, 2010
assalamualaikum..
fuh lega dapat bersuara dalam blog ni. almaklumlah dah hampir berbulan bulan bintang tak kemaskini blog ni. kenapa? ntah lah. yg pasti diri ini masih hidup, cuma bayangnya tak muncul..

yeah, i'm living without shadow..emm..it's approximitely X months without any posting..oh my God..seems like i'm missing in action..anyway, right now i'm here..Come Backkkk!

so, what i'm supposed to talk about..myself! yes it might be a right choice as thinkers say 'better talking about yourself than commenting others'..(baru reka :) )

currently..
doing practical at Bumiputra-based company in KB..so far everything goes right alhamdulillhah. feel a part of this big organization..how wonderful..

that's all?

actually i hv nothing to say..bye
maeisme On Thursday, August 13, 2009
Assalamu’alaikum. Bertemu lagi di maeisme.blogspot. Kali ini saya kongsi beberapa catatan pengalaman apa yang saya lalui dalam beberapa tempoh yang lalu. Moga bermanfaat.

31 Julai 2009 PONDOK WARISAN IKIM.FM
Hari ini pertama kali masuk radio IKIM. Menjadi tetamu atau pelajar sementara di slot PONDOK WARISAN yang dikendalikan oleh radio IKIM. Dijemput sendiri oleh penceramah slot ini, Dr Abu Anas. Janji jumpa beliau di sebuah hotel di Ampang pukul 9 pagi. Pagi-pagi lagi bertolak ke hotel itu dari kolej. Dalam pukul 10 pagi, saya, Dr Abu Anas dan Sulaiman (pelajar beliau) menuju ke IKIM. Sesampai disana kami disambut oleh warga IKIM yang peramah. Kebetulan pula seorang DJ tersohor IKIM mengenali keluarga saya.
Kitab yang disyarahkan dalam slot ini adalah “Munyah Al-Musalli”. Topik-topik yang dikupas pada slot hari ini ialah kelebihan solat, syarat-syarat dan rukun-rukun solat. Kupasan yang menarik dan segar. Syarahan tidak tertumpu pada apa yang ada dalam kitab sahaja malah dikaitkan dengan isu-isu semasa. Itulah kelebihan musyrif pondok Muhammadiyah di Kelantan ini. Seorang tokoh yang dihormati.
Slot ini dijadualkan pada hari Khamis Jam 9.00 malam. 2 minggu sekali, berselang dengan program “Duniaku Buku”. Jadi jangan lupa mendengar slot WARISAN di radio IKIM!!

2 Ogos 2009 HI-TEA & DIALOG
Kali ini saya dijemput untuk menghadiri HI-TEA & DIALOG bersama pemimpin rakyat di Bangsar. Majlis yang dipenuhi oleh hadirin berbagai bangsa dan agama memberi pengalaman baru buat saya. Niat sebenar pergi bukan untuk makan minum atau mendengar dialog di majlis ini, tapi semata mahu berjumpa dengan seorang yang sentiasa baik dengan saya. Seorang yang pakar dalam bidang perubatan dan juga aktivis dakwah. Gembira bersua jua setelah lama tidak berjumpa.

4,5,6 Ogos 2009 QUIZ, PRESENTATION
Minggu ini adalah minggu keempat semester 1 di universiti. Memang sibuk memanjang. Dalam 3 hari (4,5,6 Ogos) selasa, rabu, khamis ada 4 quizzes, satu test, satu presentation. Nasib baik cancel satu quiz. Dah la kelas pagi sampai petang. Hari-hari balik kelas dekat maghrib dah. Orang lain letih balik dari bermain, kita ni letih balik dari kelas. Malam pun ada kelas kadang-kadang. Nak buat macam mana, inilah nasib ambil maximum subjek. Setakat ini saya tak jumpa lagi member satu batch yang ambil maximum subjek.

7,8,9 Ogos 2009 DAURAH SYAR’IYYAH vs LIQA MAHABBAH
Saya dalam dilema. Antara DAURAH SYAR’IYYAH atau LIQA MAHABBAH…

LIQA MAHABBAH
2 hari sebelum ini saya terima mesej daripada seorang sahabat. Dia meminta saya balik dan menyertai LIQA MAHABBAH yang akan diadakan pada hari sabtu 8 Ogos. Katanya penting untuk saya turut sama demi kelancaran program itu. Program liqa ini adalah pertemuan antara beberapa orang sahabat dengan seorang tokoh agama di Kelantan. Permintaan sahabat saya tu ada wajarnya. Saya yang menjadi tulang belakang program, masakan saya tidak hadir bersama.

DAURAH SYAR’IYYAH
Pagi Khamis 7 Ogos, saya terima mesej daripada sahabat saya yang lain meminta saya menyertai DAURAH SYAR’IYYAH di Bangi selaku pengiring Syeikh Sulaiman As-Saloomi, Mufti Masjid al-Haram.
Setelah mengambil kira beberapa faktor, saya pilih DAURAH SYAR’IYYAH. Daurah 3 hari 2 malam ini bertempat di bangi. Satu program yang membawa pendekatan baru dan advanced. Topik-topik yang dibincangkan bukan sebarangan. Tapi yang mengecewakan adalah Syeikh Sulaiman As-Saloomi tidak dapat hadir kerana masalah teknikal. Beliau diganti oleh Syeikh Isa juga dari Mekah. Saya pernah berjumpa beliau sebelum ini. Tidak seperti daurah-daurah sebelum ini, pengisian kali ini menampilkan sedikit sahaja slot yang mediumnya Bahasa Arab. Agak frust.

8 Ogos 2009 GEMBIRA VS GERAM
Hari ke-2 daurah syar’iyyah. Hari ini sarat dengan kegembiraan kerana dapat berjumpa dengan Ust Abu Huzaifah setelah kian lama tidak bersua muka. Ajak keluar makan tengahari. Makan nasi arab di food court UNITEN. Banyak perkara yang dibualkan namun banyak lagi yang tak sempat di kongsikan. Kiasannya, usahkan nak borak pasal bola, benda lain pun banyak lagi tak cover. Sejam lebih begitu cepat berlalu.
Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Abi Hurairah, Nabi s.a.w. bersabda: ( Tujuh golongan yang mendapat naungan daripada Allah s.w.t. pada hari yang tiada naungan melainkan naungan-Nya:………. 2 lelaki yang berkasih sayang kerana Allah, bertemu kerana-Nya dan berpisah kerana-Nya,……..)- muttafaqun alaihi
Namun hari tak selalunya cerah. Sebelah petangnya duit saya hilang dicuri. Aduh ! Inna lillahi wa inna ilaihi raaji’uun. Ia mengingatkan saya peristiwa kecurian di Masjid al-Haram. Pada masa itu saya bukan saja mendapat balik barang saya yang dicuri, malah saya mampu menangkap pencuri itu. Akhirnya pencuri itu ditahan polis. Tu la sapo suruh cari pasal nga detektif hehe.. mengenangkan kembali peristiwa itu, hati saya tenang menghadapi dugaan ini walaupun wang yang hilang bukan sedikit. Kata sahabat saya, jumlah yang hilang itu boleh beli handphone 3G. Pokoknya, kita kena yakin pada Allah swt. Allah benar-benar baik terhadap hambanya. Dan betul, keesokan harinya, saya mendapat balik jumlah duit yang hilang itu. Alhamdulillah. Syukur.. Khulasohnya, kepada mana-mana pencuri yang amatur mahupun profesional, jangan cari pasal dengan saya!
Ingatlah ayat Allah berbunyi ‘ Pencuri lelaki dan pencuri wanita, potonglah tangan keduanya (sebagai) balasan bagi apa yang mereka kerjakan dan sebagai siksaan daripada Allah. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana’- (al-maaidah:38)

9 Ogos 2009 ZIARAH
Balik daripada daurah, saya pergi ziarah seorang ustaz yang bergelar dato di sebuah hospital di Kuala Lumpur. Beliau bakal menjalani pembedahan keesokan hari. Dalam perbualan telefon sebelumnya, beliau berkata ‘ tok payoh maghi spital takpo, nyusoh ko enta’. Tapi saya menjawab ia satu kemestian bagi saya untuk pergi ziarah. Ya betul. Saya rasa sebagai seorang muslim, saya bertanggungjawab menziarahi orang sakit, lebih2 lagi kenalan saya.
Daripada Abi Hurairah r.a. sesungguhnya rasulullah s.a.w. bersabda ( Hak muslim keatas muslim ada lima: menjawab salam, menziarahi orang sakit, mengikuti jenazah, memenuhi undangan-walimah, dan mendoakan yang bersin) – muttafaqun alaihi
Sesampai di hospital, saya terus ke bilik beliau. Biasanya apabila berjumpa kami akan berbual panjang. Tapi nampaknya kali ini tak dapatlah. Oleh kerana ramai ahli keluarga beliau yang datang melawat, saya ambil keputusan mengundur diri lebih awal. Moga beliau selamat menjalani pembedahan.
maeisme On Wednesday, June 3, 2009

Persidangan Fatwa Sedunia bertajuk ‘Fatwa dan Disiplin-disiplinnya’ telah diadakan pada 20-23 Muharram 1430 bertempat di Liga Muslim Sedunia, Makkah al-Mukarramah. Antara pembentang dan pemerhati yang hadir adalah Sohibussamahah Syeikh Abdul Aziz Aali Syeikh (Mufti Besar Arab Saudi), Prof. Dr. Yusof al-Qardhawi, Prof. Dr. Wahbah az-Zuhayli, Sohibussamahah Syeikh Ali Jumuah (Mufti Mesir), Syeikh Abdullah Abdul Rahman Al-Jibrin, Syeikh Abdul Rahman as-Sudaisi, anggota-anggota Ulama Besar Arab Saudi, mufti-mufti dari berbagai negara, para ilmuan, perwakilan-perwakilan, dan ramai lagi.

Alhamdulillah, saya berkesempatan meyertai persidangan agung selama empat hari tersebut. Di samping mengoreksi ilmu, peluang yang terhidang juga digunakan untuk beramah mesra dengan ulama-ulama terkemuka seluruh dunia. Dewan persidangan, makan minum dan solat di tempat yang sama. Jadi, 4 hari bukan tempoh yang sebentar untuk bergaul mesra. Hati tidak terkata dibayangi bintang-bintang terkemuka dunia.


Antara yang kerap bersama ialah Prof. Dr. Wahbah az-Zuhayli,
seorang ilmuan besar dari Syria, penerima tokoh Maal Hijrah 1430 dari kerajaan Malaysia. Banyak menulis buku dalam pelbagai bidang. Antara karya hebat beliau ‘Fiqh Islami wa Adillatuhu’. Sangat mesra dan peramah orangnya. Kebetulan pula beliau agak mengenali Malaysia. Bual bicara banyak berkisar tentang Malaysia. Banyak juga nasihat yang diberikan. Kelibat beliau membuat saya teringin mengenali lebih dekat negara Syria dan masyarakatnya . Moga Allah memberkati beliau.